Sunday, 15 April 2012

Penangan novel “ contengan jalanan : I – fend”


Terasa rindu sangat dengan Chad . xtau la kenapa . aku seolah-olah memahami perasaan Fend . aku tahu jauh disudut hati Fend tersulam rindu yang teramat sangat . begitu juga aku . meskipun aku hanya memahami Fend melalui pembacaan novel tersebut namun aku dapat meletakkan diri aku didalam watak Fend . kalau lah aku jadi Fend memang aku terkilan gila dengan pemergiaan arwah yang mengejutkan . tiada siapa yang sangka arwah akan meninggalkan seluruh keluarga dengan keadaan begitu . pada pagi 1 syawal , sempat menunaikan solat zohor dan sempat memohon maaf serta keampunan dengan insan yang pernah menerjah masuk ke dalam hidup arwah .

 “helleh…nanti kalau aku dah tak ada, hang nak duk merengek dengan siapa? “
“lagi aman kau tak ada. “ selamba Fend menjawab. “ Aidid Nora punya , tok aku sorang punya”          

  Ayat tu memang aku takkan lupa dan memang menyentuh perasaan aku . aku sampai menangis apabila membaca berulang-ulang kali . aku tak tahu kenapa . mungkin Fend tak sangka kata-kata Chad tu meninggalkannya dengan seribu perasaan yang terkilan dan serba salah .tak siapa di dunia ini akan menyangka orang yang rapat dengan kita akan meninggalkan kita dengan begitu cepat dan mendadak begitu . memang sukar untuk diterima . lebih-lebih lagi orang tersebut telah mengajar kita erti kehidupan yang sebenar . kehidupan yang selama ini kita tidak faham , yang selama ini kita konon-konon tahu dan yang selama ini kita buat tak tahu tentang definisi kehidupan yang sebenar . 
Aku rasa kalau Fend tak terima tawaran Chad untuk ke Australia , Fend pun takkan tahu erti sebenar kehidupan . macam tu juga aku , kalau aku tak pinjam novel ni kat kawan aku , aku takkan faham erti kehidupan yang sebenar meskipun melalui pembacaan . memang aku tabik spring dengan penulis novel ni “HLOVATE” .        

                                         
contengan pengalaman perjalanan cari tuhan


No comments:

Post a Comment