Thursday 14 June 2012

uuuurrrgggghhhh !!!! ooopppsss !!! maaf deh . aku penat setelah seminggu stay at asrama ni . hahaha tapi sok hari jumaat dah nak balik walaupun just 2 hari je . tapi tak bermakna aku penat rindu dia . dengan adanya rindu yang tak sanggup nak ku tahan aku buatlah something yang boleh mengembirakan aku . nak tengok ?? jap eh ... tengok at bawah ni ....

memang cinta aku untuk dia je , tak ada yang lain

harap-harap kekal . amin

hana + nazren = hanazren

itu je yang aku dapat buat untuk diri aku sendiri . kalau dia tengok aku harap dia suka . sebab aku buat ni tulus ikhlas dari hati aku . i love you honey <3 <3 MUHAMMAD NAZREN BIN RAZALI

Sunday 6 May 2012

hadiah hari jadi yang tak diduga

hyep . hari ni aku update blog lagi . hehehe . semalam tak sempat nak cerita apa yang berlaku at birthday girl ----> aku la tu . sakai amat aku . walaupun aku tak dapat apa-apa present dari sesiapa tapi aku bersyukur sangat sebab ada juga yang ingat birthday aku . orang first ibu , abah and adik-adik . angah tak sempat sebab ada kat langkawi tapi dia ada hantar kek . angah memang macam tu . tahun lepas dia bagi coklat . i love you so much darling . orang kedua of course la my special boy MUHAMMAD NAZREN BIN RAZALI . pastu diikuti kawan-kawan yang sent msg at aku sama ada at no maxis ataupun digi . dan juga kawan-kawan yang wish at mukabuku . ramai amat . adalah sampai 100 orang . ok lah tu kan . daripada tak ada . 

itu belum lagi dari orang yang aku tak sangka-sangka . dalam pukul 3 lebih macam tulah , aku tengah kusyuk buat assignment yang tak siap-siap , tiba-tiba fon aku bunyi . trrrettttt....treettt... nama "mama"(bakal mak mentua) naik . ades . kenapa pula . aku pun jawab . tiba-tiba dia nyanyi lagu "happy birthday to you".
 pergghhh !! memang tersentak aku time tu . tak mampu nak kata apa-apa. aku just gelak . pastu adalah wish mama yang aku rasa happy semacam . #1. semoga dipanjangkan umur #2 semoga dimurahkan rezeki #3 semoga diberi jodoh dengan anak mama (ayien) #4 semoga menjadi isteri yang solehah dan #5 semoga menjadi menantu yang baik . terhenti kejap jantung aku . hahaha . bukan apa , aku tak sangka mama akan cakap macam tu . alhamdulillah sekarang aku tahu hubungan aku dengan dia direstui . aku tak sangka hadiah tu yang aku dapat . thanks mama sebab restu hubungan hana dengan anak mama . hana akan ingat kata-kata mama semalam . 

i love u all yang wish birthday aku semalam . especially my beloved ibu MASTURA BT ARIS , abah RUZANE BIN MOHD RAWI , my siblings , my AYIEN , my MAMA n my friends , i love you all . mmmmuuuaaahhhh!!!!

Friday 4 May 2012

thanks . sayang korang sangat-sangat

hola-hola-hola . hah ! nampak tak kat situ ? err kat sini ? whatever lah kat mana-mana pun . aku happy sekarang kan ? hah , jangan macam-macam . aku happy sebab baru je lepas baik demam . mau tak happy nya aku . seksa aku dibuat nya . susah nak bergerak aktif , nak buat tu , nak buat ni . everything tersekat . sampai nak makan pun tak selera . terpaksa dengar orang maki hamun suruh makan nasi and ubat . haha . padan muka korang . suruh la macam mana pun , aku tetap takkan makan . kan dah susah kan diri sendiri . apa-apa pun aku nak ucap thanks at korang sebab sudi jaga time aku demam . especially budak-budak bilik aku "solehah 3", yana , dila , ira dan yang lain-lain . thanks sebab korang tak suka tengok aku macam tu . haha terharu gila aku time tu . nak menangis . serius aku tak tipu . aku dah menangis time korang sedar aku demam . haha . poyo amat aku . lagi-lagi time korang back up aku bila kene marah dengan cikgu sebab nampak aku asyik tidur je dalam kelas . dah memang betul . aku bukan saja-saja nak tidur dalam kelas . aku sakit kepala sangat-sangat . sekarang ni , dahi aku dah lebam sebab tiga orang picit kan kepala aku . haha nampak sangat korang sayang aku gila-gila . aku pun sayang korang gila-gila . takpe orang kata ada ubi , ada batas , ada hari , boleh balas . nanti bila korang pula tak sihat , insyaallah aku akan jaga korang pula ye . thanks korang . apa yang korang bagi semua tu memang aku hargai sangat-sangat . love you all . mmmuuuaaahhhh !!!

Sunday 15 April 2012

Penangan novel “ contengan jalanan : I – fend”


Terasa rindu sangat dengan Chad . xtau la kenapa . aku seolah-olah memahami perasaan Fend . aku tahu jauh disudut hati Fend tersulam rindu yang teramat sangat . begitu juga aku . meskipun aku hanya memahami Fend melalui pembacaan novel tersebut namun aku dapat meletakkan diri aku didalam watak Fend . kalau lah aku jadi Fend memang aku terkilan gila dengan pemergiaan arwah yang mengejutkan . tiada siapa yang sangka arwah akan meninggalkan seluruh keluarga dengan keadaan begitu . pada pagi 1 syawal , sempat menunaikan solat zohor dan sempat memohon maaf serta keampunan dengan insan yang pernah menerjah masuk ke dalam hidup arwah .

 “helleh…nanti kalau aku dah tak ada, hang nak duk merengek dengan siapa? “
“lagi aman kau tak ada. “ selamba Fend menjawab. “ Aidid Nora punya , tok aku sorang punya”          

  Ayat tu memang aku takkan lupa dan memang menyentuh perasaan aku . aku sampai menangis apabila membaca berulang-ulang kali . aku tak tahu kenapa . mungkin Fend tak sangka kata-kata Chad tu meninggalkannya dengan seribu perasaan yang terkilan dan serba salah .tak siapa di dunia ini akan menyangka orang yang rapat dengan kita akan meninggalkan kita dengan begitu cepat dan mendadak begitu . memang sukar untuk diterima . lebih-lebih lagi orang tersebut telah mengajar kita erti kehidupan yang sebenar . kehidupan yang selama ini kita tidak faham , yang selama ini kita konon-konon tahu dan yang selama ini kita buat tak tahu tentang definisi kehidupan yang sebenar . 
Aku rasa kalau Fend tak terima tawaran Chad untuk ke Australia , Fend pun takkan tahu erti sebenar kehidupan . macam tu juga aku , kalau aku tak pinjam novel ni kat kawan aku , aku takkan faham erti kehidupan yang sebenar meskipun melalui pembacaan . memang aku tabik spring dengan penulis novel ni “HLOVATE” .        

                                         
contengan pengalaman perjalanan cari tuhan


Sunday 1 April 2012

ni je yang mampu aku tolong

bila apa yang kita sayang dah hilang depan mata baru la nak menangis. itu kenyataan . tak kira lah sama ada lelaki ataupun perempuan . jangan nak pertikaikan yang lelaki takkan pernah alami semua tu. sekaranag kawan aku dah alami semua tu . hah!! baru lah sekarang "kau lah sumber ilhamku" , "kaulah ratu hatiku" , "jangan tinggal daku" . bunyi macam hampeh kan . dulu mase couple , bukan main lagi buat bodoh je , marah tanpa sebab , tuduh macam-macam sedangkan semua tu tak betul . tapi sekarang , walaupun tengah merana dengan kehilangan sesorang , still lagi nak wat benda yang sama . dah-dah lah wahai kaum adam . tolonglah hormati kaum hawa yang lemah . janganlah hancurkan hati kami . (penuh drama).

tapi , serius memang aku kata, aku kesian sangat dengan member aku yang dikenali dengan NAI & NFS . sory ok aku mention name korang . aku bukan ape , korang dua-dua kawan aku . aku tak nak sebelahkan sape-sape . apa yang aku dengar dari NAI mmg slh NFS . yela , orang tu punya sayang kat dia , boleh pula dia buat macam-macam. ok , maybe aku tak ada dekat dengan dorang , so aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya . tapi aku harap sangat yang apa yang berlaku sekarang ni takkan berulang kembali . aku kesian at NAI & NFS . sangat . aku sayang korang sangat . kalau boleh aku tak nak salah sorang daripada korang ada yang nak berdendam . nanti lain pula jadi nya .

to NFS: pliz lepaskan dia dengan hati yang rela n pliz doa kn kebahagiaan dunia akhirat dia . ni jalan yang kau pilih , so kau tanggung lah sendiri . jangan nak salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri

to NAI: hana sentiasa sokong dengan keputusan NAI. hana akan doakn apa yang NAI buat . jangan peduli sangat kepala NFS . dia tengah serabut . apa yang penting kehidupan diri sendiri . biarkan apa orang lain cakap . dorang takkan faham apa yang kita rasa .

Saturday 17 March 2012

kenduri kawin Aida & Syam

pergh!!! penat semalam tak hilang lagi . mau taknya . lama gila aku kat kenduri kawan mak cik semalam . dtg pukul 11 lebih balik pukul 4 lebih . balik lambat bukannya apa . pengantin tak bagi balik . alamak!! bila aku dapat tido ni (ayat aku dalam hati semalam) . tapi, serius la aku cakap memang penat gila . lagi satu aku kat kenduri tu da macam dari family situ da . mana taknya aku la yang g hantar payung kat pengantin lelaki , aku la yang bagi beg kat kawan-kawan pengantin . erm .... penat,penat,penat ...mak cik aku ?? dah tentulah dia jadi pengapit . ngan mamat hensem . best la dia dapat makan dengan pengantin . yang aku pulak makan sorang-sorang je . pecah rekod tau aku g kenduri makan sorang-sorang . ni lah antara gambar-gambar yang ada ....
nie gambar masa akad nikah , nak ikut sangat , ni lah jadinya . nangis dan tidur

nie lah pengantinnya yang tak bagi aku ngan mak cik aku balik
hahaha .. baju coklat tu lah mak cik aku . "cik,pengapit tak boleh tidur lah "
haha , nampak tak ?? best kan dorang ... muka nampak menganjing je kat aku yang tengah memoyo kan diri sorang-sorang


Monday 12 March 2012

i love her style

i like her style
styles are glad to be followed by youth today, including me

she is very pretty with a distinctive style

Saturday 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

  


Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. 
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
   
NAMA SEBENAR : MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB
   TARIKH LAHIR    :  12 RABIULAWAL BERSAMAAN 20 APRIL 571 MASIHI (dikenali Tahun Gajah : sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah )
TEMPAT LAHIR   : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
NAMA BAPA : ABDULLAH BIN ABD MUTALIB BIN HASHIM
NAMA IBU : AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF
 IBU SUSUAN : THUWAIBAH (hamba perempuan Abu Lahab)
HALIMATUN AS-SAADIAH (atau nama sebenarnya HALIMAH BINTI ABU ZUAIB AS-SAADIAH)

 USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

p/s: serba sedikit tentang Rasulullah SAW yang dapat aku kongsikan untuk korang agar kita dapat mengingatinya bersama-sama . ini bukan untuk aku menunjuk-nunjuk yang aku ni telalu baik atau apa-apa lah . bukan ye . ini hanya untuk pengajaran kita bersama kerana kita adalah uman Nabi Muhammad SAW .